Permainan berasaskan teks adalah permainan retro ketika teknologi masih belum berkembang pesat. Pemain hanya perlu masukkan kod atau teks untuk kawalan untuk bermain permainan. Konsep terkini adalah teka-teki filem The Batman melalui laman web rataalada.

Netflix baru-baru ini telah berkongsi treler untuk filem Choose or Die.

Dalam filem ini seorang pembangun menemui permainan teks retro CURS>R. Sebaik sahaja permainan dilancarkan ia mengarahkan pemain untuk melakukan cabaran atau jika tidak melakukannya pemain akan mati. Masalahnya, jika mereka mati dalam permainan – mereka juga akan mati di dunia nyata.

Ia menggabungkan elemen ala Jumanji dan Black Mirror: Bandersnatch, tetapi kelihatan lebih seram dan mengerikan. Pelakon utama adalah Iola Evans dan filem ini akan disiarkan pada 15 April akan datang.

Sohor Kini