Skip to main content

Filem The Batman lakonan Robert Pattinson telah pun ditayangkan. Filem ini diarahkan oleh Matt Reeves dan telah menerima sambutan agak baik oleh umum.

Ia tidak seperti filem adiwira biasa, malah lebih memfokuskan kepada Batman itu adalah detektif terhebat dunia. Ia penuh dengan misteri dan tekaria serta penjahat yang menggerunkan.

Dalam filem ini, Paul Dano memainkan watak penjahat utama iaitu The Riddler. Disamping beliau turut ada Penguin dan Carmine Falcone. Dalam adegan di hujung filem, Matt Reeves telah mengesahkan yang individu gelak psiko dalam Arkham sebelah sel The Riddler adalah Joker yang belum jadi Joker.

Hari ini, adegan di antara Batman dan Joker yang telah dipotong daripada filem disiarkan. Joker dalam filem ini dilakonkan oleh Barry Keoghan (Druig dalam Eternals). Joker adalah musuh utama Batman, dan untuk melihat interaksi antara dua watak ini agak menarik.

Video di atas mempertontonkan, Batman yang ingin tahu lebih lanjut mengenai The Riddler dengan menyoal Joker. Joker ini juga dilihat seakan versi yang baru jatuh daripada kolam asid dan mempunyai rekaan seperti versi Cameron Monaghan dalam siri TV Gotham, tetapi lebih gerun.

Persoalannya, adakah kita akan lihat lebih lagi Joker versi Barry Keoghan dalam dunia Batman Matt Reeves? Adakah beliau akan muncul dalam mana-mana siri sampingan seperti Arkham, Penguin, atau Gothan Year 0? Apa kata anda?

Baca: Ulasan The Batman โ€“ Filem Terbaik Selepas The Dark Knight

Leave a Reply