Ubisoft telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba permainan penuh untuk Far Cry 6 buat sementara waktu iaitu bermula pada 24 Mac sehingga 27 Mac 2022. Ini akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan ini termasuk juga misi kolaborasi bersama dengan siri Netflix iaitu Stranger Things.

Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Melalui misi The Vanishing, ia akan membawa bentuk permainan ketahanan hidup seram di mana pemain akan memasuki “upside-down” di Yara dan dapat menjumpai kawasan-kawasan berdasarkan siri Stranger Things.

Selepas tawaran percubaan percuma berakhir, pemain boleh meneruskan sesi permainan dengan membeli permainan penuh di mana ia ditawarkan dengan potongan harga sehingga 50% di setiap platform.

Far Cry 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Far Cry 6 – Permainan Yang Perlukan Revolusi Segera.

Sohor Kini