Murder on the Orient Express adalah filem misteri pembunuhan yang diadaptasi daripada novel karya Agatha Christie. Ia penuh dengan misteri dan tuduh menuduh membuatkan penonton keliru siapakah dalang sebenar. Filem seperti ini digelar sebagai filem whodunnit mempunyai sambungan iaitu Death on the Nile.

Berlaku pada sekitar tahun 1930 di kawasan durub. Hercule Poirot lakonan Kenneth Branagh yang sedang bercuti terperangkap dalam kes jenayah pembunuhan misteri di atas satu kapal layar. Sedang pasangan baru berkahwin Linnet Ridgeway-Doyle lakonan Gal Gadot dan Simon Doyle lakonan Armie Hammer berlakunya tragedi yang tidak diingini.

Filem ini turut mengembalikan rakan Hercule iaitu Bouc lakonan Tom Bateman, Annette Bening, Russell Brand, Ali Fazal, Dawn French, Rose Leslie, Emma Mackey, Sophie Okonedo, Jennifer Saunders dan Letitia Wright.

Jika anda ingin tahu siapakah mangsa dan siapakah pembunuh sebenar, Death on the Nile akan disiarkan di Disney+ Hotstar bermula 6 April akan datang.

Baca: Ulasan Death On The Nile – Cinta Tiga Segi Yang Membawa Ke Pembunuhan Misteri

Sohor Kini