Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 untuk siri Fullmetal Alchemist, beberapa perkara dirancang. Selain daripada dua filem yang bakal diterbitkan tahun ini, kini sebuah permua bersempena siri “Fullmetal Alchemist” juga bakal diperkenalkan.

Dibangunkan oleh Square Enix, permua ini bakal hadir ke Android dan iOS. Permua ini mengikut jalan cerita siri berkenaan, dan akan ditawarkan secara percuma untuk dimainkan – bermula dari di Jepun pada penghujung Mac ini dala bentuk beta.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi global akan diperkenalkan untuk permua ini.

Sohor Kini