Humble Store, yang terkenal dengan penawaran permainan pada harga diskaun melalui Humble Bundle, kini mengeluarkan peringatan untuk semua pembeli permainan terbitan EA atau menggunakan kekunci Origin – supaya menebus permainan secepat mungkin, iaitu sebelum esok, 18 Mac 2022.

Ia tidak diketahui apakah perubahan pada perjanjian kedua-dua pihak. Namun, kini dilihat pengguna diberikan tarikh akhir sehingga 18 Mac 2022 untuk menebus semua pembelian Humble di Origin.

Humble Store turut mengatakan tiada lagi permainan EA yang ditawarkan pada platform mereka sejak bulan awal ini.

Sohor Kini