Jika anda membesar dengan permainan-permainan JRPG seperti Final Fantasy dan Dragon Quest, anda juga pasti pernah sekurang-kurangnya pernah dengar mengenai satu lagi permainan JRPG keluaran Square-Enix, iaitu Valkyrie Profile.

Hari ini, sewaktu acara State of Play oleh Sony, Square-Enix telah memperkenalkan sebuah tajuk sambungan kepada siri Valkyrie Profile yang dinamakan Valkyrie Elysium. Ia dilihat memperkenalkan seorang watak Valkyrie yang baru, dimana seperti biasa, tugasnya ialah untuk mengumpul para pahlawan dan untuk menghalang upacara penghujung dunia Ragnarok daripada berlaku.

Tidak seperti permainan-permainan Valkyrie Profile sebelum ini yang menggunakan sistem turn-based, Valkyrie Elysium dilihat menggunakan sistem aksi hampir sama seperti apa yang digunakan pada beberapa permainan moden Square-Enix seperti Final Fantasy XV.

Pemain dilihat boleh menggunakan sejumlah senjata dan serangan jarak dekat dan jauh, dan menggunakan pahlawan-pahlawan yang dikumpul untuk membantu anda dalam permainan ini.

Menariknya, melalui video treler yang diperlihatkan, Valkyrie Elysium akan tiba pada tahun ini untuk konsol Sony PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC.

Sohor Kini