Daredevil, Luke Cage, Iron Fist, Jessica Jones dan Punisher merupakan siri televisyen Marvel yang dibangunkan bersama-sama Netflix sewaktu kedua-dua syarikat ini dilihat bekerjasama untuk membangunkan siri televisyen yang dilihat mengikuti populariti filem-filem Marvel Cinematic Universe.

Sayangnya, dengan Disney, ibu syarikat kepada Marvel kini dilihat hadir dengan platform penstriman video mereka sendiri, Disney+, siri-siri televisyen tersebut telah diumumkan akan hilang dari platform Netflix bermula hari ini, 1 Mac 2022.

Marvel’s The Defenders

Dan sejajar dengan pengumuman tersebut, ia kini dapat dilihat bahawa keempat-empat siri televisyen tersebut, termasuklah siri televisyen gabungan The Defenders tidak lagi dapat ditonton di Netflix bermula hari ini.

Dalam pada itu, ia juga dilaporkan bahawa kesemua siri televisyen tersebut akan dimasukkan kedalam platform penstriman Disney+, dan beberapa laporan turut mengatakan bahawa ianya semua sudahpun tiba untuk pelanggan Amerika Syarikat, dengan ketibaannya di Kanada pula akan berlaku dalam masa beberapa minggu.

Disney+ Hotstar Malaysia pula mengeluarkan ciapan bahawa mereka akan membuat pengumuman apabila ia disahkan bahawa siri-siri tersebut akan memasuki pasaran tempatan. Adakah ini bermakna kita akan dapat menonton kembali siri-siri ini tidak lama lagi? Sama-sama kita tunggu.

Sohor Kini