Elizabeth Holmes iaitu pengasas Theranos telah hadir dengan kaedah yang kononnya boleh melakukan ratusan ujian kesihatan dengan hanya beberapa titik darah sahaja. Januari lalu, beliau didapati bersalah kerana menipu dan disahkan untuk berhadapan dengan penjara sehingga 20 tahun serta denda sebanyak $250,000 (~RM1.05 juta) untuk setiap kesalahan.

Hulu baru-baru ini telah mengacah akan hadir dengan satu siri TV biografi berjudul The Dropout yang diadaptasi daripada kisah Elizabeth Holmes dan Theranos. Kini, Disney+ Hotstar Malaysia telah mengesahkan yang siri ini akan disiarkan pada 4 Mac akan datang.

Siri ini kelihatan cukup menarik kerana Elizabeth dilakonkan semula oleh Amanda Seyfried, pelakon Mean Girls dan Jennifer’s Body. Menyertai beliau adalah Naveen Andrews yang berlakon sebagai Sunny Balwani iaitu presiden dan COO Theranos.

Siri ini akan mempunyai 7 episod, dan jika Disney+ Hotstar mengikut siaran Hulu – tiga episod pertama pada hari siaran dan akan disiarkan pada setiap minggu satu episod sehingga 31 Mac 2022.

Sohor Kini