Pachinko adalah K-Drama baharu eksklusif di Apple TV+ yang akan disampaikan dalam bahasa Jepun, Korea dan Inggeris. Ia adalah satu kisah pengembaraan di antara keamanan dan perang, cinta dan kematian mengenai sebuah keluarga pendatang asing dari Korea selama empat generasi.

Sunja adalah watak utama yang menceritakan kisah hidup beliau pada awal 1900, seiring dengan kisah cucu beliau Solomon pada tahun 1980-an. Ia adalah adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Soo Hugh.

Berikut adalah treler pertama;

Siri ini diarahkan oleh Kogonada dan Justin Chon yang juga merupakan penerbit eksekutif. Pelakon yang terlibat adalah Sunja (tua) lakonan Yuh-Jung Youn, Sunja (remaja) lakonan Minha Kim, Sunja (muda) lakonan Yu-na Jeon, Hansu lakonan Lee Minho, Solomon oleh Jin Ha, Naomi pula oleh Anna Sawai dan ramai lagi.

Tiga episod pertama akan disiarkan pada 25 Mac 2022, kemudian akan bersambung pada setiap hari Jumaat sehingga 29 April 2022 dengan jumlah 8 episod.

Sohor Kini