Fast Laugh adalah ciri daripada YouTube yang mimik video pendek TikTok, tetapi hanya memaparkan klip jenaka daripada kandungan-kandungan yang ada dalam Netflix. Ia diperkenalkan sejak Mac tahun lalu dan berkembang ke lebih banyak platform pada Oktober berikutnya.

Terkini menurut laporan The Verge, Netflix dilihat sedang menguji ciri yang sama untuk televisyen pula dan tidak lagi terhad pada telefon pintar.

Fast Laugh untuk TV memaparkan video pada keadaan melintang seperti biasa dan bukannya menegak seperti untuk telefon. Ciri ini juga dipilih sendiri oleh pekerja Netflix dan bukannya menggunakan algoritma yang memilih kandungan mengikut minat pengguna.

Buat masa ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Ireland. Ciri juga terhad untuk profil dewasa sahaja, kerana kanak-kanak hanya boleh akses Kids Clips.

Sohor Kini