Christopher Nolan adalah seorang pengarah dan pencipta filem yang berbakat. Idea beliau biasanya berbeza dengan filem lain dan mempunyai penceritaan yang rumit, perkembangan watak yang mengelirukan dan pelbagai lagi yang boleh kita katakan sedikit aneh.

Selepas Tenet dua tahun lepas, yang mana pada kami tidak begitu memuaskan – beliau kini bakal hadir dengan sebuah filem baru Oppenheimer. Ia adalah filem biografi berlaku ketika Perang Dunia Ke-2 memfokuskan watak J. Robert Oppenheimer iaitu pencipta bom nuklear pertama lakonan Cillian Murphy.

Filem ini turut akan disertai oleh pelakon hebat seperti Emily Blunt, Matt Damon, Rami Malek, Robert Downey, Jr., Florence Pugh, dan Kenneth Branagh. Oppenheimer kini sudah memulakan penggambaran dan imej di atas adalah Cillian sebagai J. Robert Oppenheimer.

Oppenheimer ini juga akan diedarkan oleh Universal Pictures dan bukan Warner Media, selepas Nolan hilang kepercayaan kepada mereka dengan pengedaran filem Tenet di HBO Max yang tidak adil. Filem ini masih tidak didedahkan lagi jalan cerita penuh, watak-watak tambahan serta tarikh tayangan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini