Bethesda kini mengumumkan mereka akan mematikan PC Launcher pada bulan Mei 2022 ini. Selari dengannya, pihak Bethesda meminta para pengguna untuk memindahkan pelbagai pembelian mereka ke Steam bermula April ini.

Selepas Mei 2022, Bethesda PC Launcher tidak lagi boleh digunakan, termasuk untuk mengakses permainan dan sebagainya. Apa pun, Bethesda mengatakan pelbagai progres permainan, termasuk senarai kawan serta wang maya akan dapat dipindahkan dan diakses walaupun PC Launcher mereka ditamatkaan. Akaun pengguna Bethesda masih boelh digunakan seperti biasa, dan tidak terlibat dalam penamatan ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui mengapakah Bethesda PC Launcher ini ditamatkan. Mungkinkah ia tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi?

Sohor Kini