Sewaktu pelancaran kandungan tambahan Endwalker, Square-Enix dilihat menghadapi masalah kesesakan pelayan kerana jumlah pemain yang mahu mengakses permainan tersebut. Ini termasuklah mereka yang mahu memainkan kandungan baru tersebut, sehinggalah mereka yang mahu mencuba permainan tersebut secara percuma.

Kini, dua bulan selepas kandungan tersebut keluar di pasaran, Square-Enix mengatakan bahawa pelayan-pelayan Final Fantasy XIV kembali stabil semula dan mereka telah membuka semula pendaftaran untuk akaun-akaun percuma permainan tersebut bermula hari ini.

Bagi mereka yang mahu mencuba permainan ini, versi percuma Final Fantasy XIV hadir dengan kandungan A Realm Reborn dan juga Heavensward, dan membolehkan pemain untuk memainkan permainan tersebut sehingga level 60 untuk semua kelas yang ditawarkan dalam kedua-dua kandungan ini tanpa sebarang sekatan masa.

Menurut laman web cubaan percuma Final Fantasy XIV, ia masih belum aktif lagi, tetapi kami jangkakan bahawa ia akan mula dibuka semula samada petang ini, ataupun pada pukul 11pm kelak apabila reset harian berlaku.

Sohor Kini