Taika Waititi baru-baru ini terlibat dengan produksi dan pembangunan Our Flag Means Death, iaitu siri komedi lanun untuk HBO Max. Beliau akan berlakon sebagai Black Beard untuk membantu seorang kaya Stede Bonnet lakonan Rhys Darby.

Siri ini disahkan hari ini akan turut tiba di HBO Go dan bukan sahaja eksklusif di HBO Max.

Stede dilihat memutarbelitkan hidup daripada seorang kaya dan ingin menjadi lanun. namun beliau dungu dalam bidang ini dan apa yang dirancang semuanya tidak menjadi. Disebabkan itu Black Beard turun membantu dalam siri komedi aksi lucu yang mungkin akan membuatkan anda tergelak tanpa henti.

Siri ini akan mempunyai sepuluh episod dan akan mula disiarkan pada 3 Mac di HBO Go untuk penonton di Malaysia.

Sohor Kini