Roku adalah salah satu platform penstriman media dan sistem operasi televisyen pintar yang cukup popular di luar negara. Mereka juga telah membeli Quibi dan menjadikan kandungan asli mereka sebagai Roku Originals.

Kini, mereka bakal hadir dengan filem biografi mengenai Weird Al Yankovic – iaitu penyanyi terkenal dengan muzik parodi seperti Eat It, White & Nerdy, Fat dan banyak lagi dalam WEIRD: The Al Yankovic Story. Filem ini ditulis oleh Yankovic sendiri dan diarahkan oleh Eric Appel pengarah untuk siri TV di Quibi dan beberapa episod Brooklyn Nine-Nine.

Apa yang menarik lagi adalah, pelakon Weird Al dalam filem ini adalah Daniel Radcliffe dan beliau dipilih sendiri oleh Weird Al Yankovic. Daniel dipilih kerana dilihat boleh menyanyi lagu komedi The Elements oleh Tom Lehrer dalam The Graham Norton Show.

Buat masa ini, filem ini masih lagi dalam fasa penggambaran dan tiada lagi tarikh siaran atau senarai pelakon penuh diumumkan. Filem ini dikatakan akan fokus kepada kisah silam Weird Al Yankovic.

Sohor Kini