Siri antologi adalah antara konsep penceritaan yang menari. Satu musim boleh mempunyai kisah yang 100% berbeza, atau juga boleh berkait kerana berlaku dalam dunia yang sama. Apple TV+ ada siri TV seperti ini seperti Calls.

Akan datang, Apple dan New Regency akan hadir dengan siri antologi baharu The Crowded Room yang menyertakan Amanda Seyfried dan Tom Holland. Akiva Goldsman bertanggungjawab untuk skrip dan menjadi penerbit eksekutif.

Siri antologi ini akan memfokuskan kepada kisah Rya lakonan Amanda, sebagai seorang ahli psikologi yang cuba berhadapan dengan hidup yang mencabar dan kerjaya yang sukar sambil menjadi ibu tunggal. Tom pula akan berlakon sebagai Danny Sullivan dan turut akan menjadi penerbit dengan Kornel Mundruczo sebagai pengarah.

Siri ini dikatakan adalah berasaskan hidup Akiva Goldsman sendiri dan turut mengambil inspirasi daripada “The Minds of Billy Milligan” oleh Daniel Keyes. Ia akan mempunyai 10 episod, namun jalan cerita penuh dan tarikh siaran masih belum didedahkan lagi.

Sohor Kini