All of Us Are Dead merupakan sebuah siri baharu yang popular berbentuk novel visual, dan turut diadaptasi ke Netflix – mengisahkan berkenaan virus zombie yang tersebar di sekolah.

Menariknya, kini siri berkenaan turut akan ditawarkan dalam bentuk permainan video. Dibangunkan oleh Ikina Games, ia dijangka akan membawa permainan berbentuk aksi penceritaan. Maklumat penuh berkenaan dengannya masih tidak diketahui.

Menurut Ikina Games, permainan ini dijangka akan diperkenalkan untuk PC melalui Steam pada pertengahan kedua 2022. Selain PC, ia juga dijangka diperluaskan ke konsol dan juga peranti mudah-alih.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan permainan ini untuk PC pada tahun ini terlebih dahulu.

Sohor Kini