Epic Games kini berkongsi, mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 500 juta akaun pengguna berdaftar – yang mana membolehkan mereka membeli dan berinteraksi melalui platform berkenaan.

Untuk makluman, Epic Games menawarkan permainan percuma setiap minggu dalam menarik pengguna ke platform mereka, selain turut dilengkapi sejumlah permainan popular – termasuk Fortnite, yang mana sedia mempunyai lebih 350 juta pemain.

Pada bulan Disember 2021 lepas, Epic Games mengatakan mereka mempunyai sekitar 62 juta daripadanya yang aktif setiap bulan – yang mana agak jauh berbanding angka pengguna keseluruhan platform berkenaan, iaitu sebanyak 500 juta akaun. Namun, dengan angka pengguna berdaftar yang tinggi ini, ia sekaligus terus memposisikan syarikat mereka sebagai pesaing Steam dalam menerbitkan dan menawarkan permainan kepada pengguna PC.

Sohor Kini