Baby Shark adalah video muzik popular kanak-kanak yang menjadi satu sensasi di YouTube sehinggakan menjadi yang pertama menerima jumlah tontonan lebih 10 bilion kali. Kejayaan Pink Fong dengan video muzik ini turut memberi peluang kepada mereka berkembang lebih maju dengan pelbagai kandungan baharu, filem Baby Shark’s Space Adventure, dan menjual banyak barangan eksklusif.

Dengan nama ViacomCBS bakal berubah kepada Paramount, mereka turut mengumumkan yang Nickelodeon Animation dan Pinkfong Company akan menghasilkan filem baharu. Kali ini ia merupakan filem penuh khusus untuk platform penstriman Paramount+.

Butiran mengenai filem ini masih belum didedahkan, selain daripada menyatakan ia hanya akan tiba sekitar tahun 2023 akan datang.

Sohor Kini