Tiga tahun lepas, Viacom dan CBS telah bergabung menjadi ViacomCBS. Mereka adalah antara syarikat gergasi industri hiburan yang bertanggungjawab untuk Paramount dan platform penstriman Paramount+.

Terkini, mereka mengumumkan pertukaran nama daripada ViacomCBS kepada Paramount Global atau Paramount sahaja.

Perubahan nama ini adalah selari dengan platform penstriman mereka, yang kini akan menjadi fokus utama. Bersama-sama dengan turut mendedahkan yang pelanggan Paramount+ mereka telah pun mencapai sehingga 56 juta dengan peningkatan 48% tahun-demi-tahun.

Semua syarikat rangkaian dan studio di bawah Paramount seperti CBS, Nickelodeon, MTV, Simon & Schuster, Showtime, Pluto TV turut akan mempunyai kandungan baharu akan datang bagi memenuhi lagi pustaka pada Paramount+.

Sohor Kini