Sementara Prime Video sedang sibuk memfokuskan siri TV prekuel The Lord of The Rings: The Rings of Power, Warner Bros. Animation pula sedang sibuk membangunkan anime asli LOTR bersama dengan Kenji Kamiyama.

Anime ini adalah Lord of the Rings: The War Of The Rohirrim yang mana juga merupakan prekuel. Cuma anime ini akan berlaku sekitar 200 tahun sebelum kejadian The Hobbit dan The Lord of the Rings. Ia akan memfokuskan kepada kisah Helm Hammerhand, the King of Rohan, dan penciptaan Helm’s Deep yang pernah dipertontonkan dalam The Lord of the Rings: The Two Towers arahan Peter Jackson.

Disebabkan anime ini akan diarahkan oleh Kenji Kamiyama yang pernah melibatkan diri dengan Ghost in the Shell: SAC_2045, Star Wars: Visions episod The Ninth Jedi dan banyak lagi anime menarik, anime ini dijangka akan mempunyai kualiti yang hebat dengan sinematografi yang cantik.

Senarai pelakon suara akan didedahkan tidak lama lagi. Tetapi anime ini hanya akan disiarkan pada April 2024 akan datang.

Sohor Kini