Pada bulan lepas, Amazon telah mengesahkan judul untuk siri The Lord of the Rings mereka, iaitu The Rings of Power. Hari ini, mereka kongsi satu treler acah yang pertama kali memperlihatkan bagaimana Middle-earth akan kelihatan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Penceritaan siri ini berlaku ribuan tahun sebelum kejadian di dalam The Hobbits dan juga The Lord of the Rings. Ia akan memperlihatkan bagaimana cincin Rings of Power dihasilkan dan bagaimana Sauron bangkit menjadi satu kuasa jahat.

The Lord of The Rings: The Rings of Power akan mula disiarkan pada 2 September 2022 melalui Amazon Prime.

Sohor Kini