Filem The King’s Man mengisahkan bagaimana agensi perisikan Kingsman ditubuhkan. Garis masa adalah pada perang dunia pertama dan memperlihatkan penzalim-penzalim seperti T.E. LawrenceHerbert Kitchener dan Grigori Rasputin sebagai dalang kepada perang dunia.

Antara pelakon dalam filem ini adalah Ralph Fiennes, Harris Dickinson, Rhys Ifans, Tom Hollander, Daniel Bruhl, Gemma Arterton, Matthew Goode, dan Charles Dance.

Filem ini juga adalah hasil karya asli oleh Matthew Vaughn, tanpa menggunakan elemen daripada komik yang ditulis oleh Mark Millar. Untuk filem asli beliau, ia mempunyai penceritaan yang menarik. Tetapi untuk keseluruhan francais Kingsman, pada hemat saya ia mungkin bukan untuk semua orang.

Jika anda ingin tahu bagaimanakah jalan cerita filem ini dan ingin tonton secara halal, filem ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 23 Februari akan datang.

Baca: Ulasan The King’s Man – Cubaan Cerita Asli Yang Perlukan Lebih Perhatian

Sohor Kini