Zynga baru-baru ini telah diambil-alih oleh Take-Two, dan kini turut berkongsi perancangan mereka seterusny – iaitu memfokuskan kepada pembangunan permainan berasaskan rantaian-blok dan NFT.

Seperti ramai sedia maklum, Zynga sedia popular dengan permainan mudah-alih seperti Farmville dan sebagainya. Dengan populariti permainan berbentuk P2E (Play-To-Earn) dan sebagainya selari perkembangan arena rantaian-blok, pihak Zynga dilihat turut tidak ingin ketinggalan.

Apa pun, Zynga mengatakan akan mengasingkan jenama permainan popular mereka daripada NFT, dan lebih memfokuskan kepada pembangunan siri baru – supaya para pemain tidak pening. Langkah ini juga mungkin mengurangkan penolakkan terhadap arena NFT akhir-akhir ini oleh para pemain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah bentuk permainan yang bakal dibawakan oleh Zynga, dan sama ada ia akan diterima ramai atau sebaliknya.

Sohor Kini