MadMecha Adalah Dunia Metamesta Daripada Monsta

Monsta iaitu studio di sebalik animasi BoBoiBoy, Papa Pipi dan antara yang terkini Mechamato adalah sebuah studio animasi tempatan. Mechamato antara projek hebat mereka kerana berjaya menembusi pelbagai pasaran Asia termasuk Jepun dengan pelakon suara daripada anime dan permainan video terkenal.

Terkini menerusi siaran Facebook Nizam Abd Razak, selaku pencipta di sebalik BoBoiBoy dan Mechamato mengumumkan IP baharu mereka MadMecha. MadMecha merupakan produk metamesta daripada Monsta yang menggunakan platform The Sandbox.

Ia akan memfokuskan kepada dunia robot yang berlawan untuk mencari kebebasan. Tetapi buat masa ini, Monsta masih belum dedahkan maklumat lanjut berkenaan MadMecha ini. Kita mungkin akan ketahui lebih lanjut di masa akan datang menerusi laman media sosial mereka seperti Twitter, Instagram, atau Facebook.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini