Januari lalu, Prime Video telah mengumumkan sebuah siri animasi sampingan yang berlaku dalam dunia sama siri TV The Boys. Siri TV ini adalah siri TV bertemakan adiwira yang memfokuskan aksi ganas, ngeri, kekejaman sebuah syarikat konglomerat dan juga komedi.
Animasi ini diberi nama The Boys Presents: Diabolical dan merupakan sebuah siri animasi antologi dengan kisah berbeza pada setiap episod, begitu juga dengan pencipta dan bentuk animasi.
Treler terbaru yang mereka terbit merupakan iklan kepada Vought A Burger, sebuah kedai makanan segera yang juga dilihat satu parodi kepada McD. Iklan ini mempromosikan menu makanan yang dahsyat, di samping turut menawarkan mainan percuma yang aneh dan jijik jika membeli set.
Di akhir video, ia mendedahkan senarai pelakon suara yang terlibat dengan siri animasi ini;