Tidak dinafikan yang filem James Bond: No Time To Die bukanlah filem terbaik Daniel Craig sebagai James Bond. Tetapi filem ini mempunyai penutup yang cukup baik untuk Ejen 007 versi beliau dan filem ini juga padat dengan emosi yang menutup kisah cinta beliau.

Filem ini sudah pun boleh diulang tonton, kerana versi digital sudah boleh dibeli atau disewa di platform-platform seperti Apple TV atau Google TV. Tetapi bagi mereka yang ingin membaca skrip sahaja, anda kini turut boleh melakukannya.

Deadline turut berkongsi skrip penuh filem ini kepada umum.

Baca: Skrip penuh James Bond: No Time To Die

Baca: Ulasan No Time To Die – Penutup Ejen 007 Versi Daniel Craig Terbaik Yang Penuh Emosi

Sohor Kini