Anda Kini Boleh Baca Skrip Penuh Spider-Man: No Way Home

Spider-Man: No Way Home adalah antara filem Spider-Man terbaik pernah ditayangkan. Ia merupakan sebuah filem yang epik dengan kemunculan musuh-musuh lama, serta tiga Spider-Man berganding bahu menentang musuh.

Filem ini akan tiba secara digital untuk disewa atau dibeli pada 28 Februari akan datang. Harga adalah RM54.90 untuk format HD di Apple TV atau $19.99 versi 4K di beberapa platform lain. Filem ini hanya boleh distrim secara percuma pada sekitar hujung tahun ini di Netflix sebelum memasuki Disney+ mungkin sekitar 2023.

Sementara menanti akses versi digital, Deadline baru-baru ini telah berkongsi skrip penuh filem ini. Jika anda berminat untuk baca anda boleh akses skrip melalui pautan di bawah;

Baca: Skrip penuh Spider-Man: No Way Home

Baca: Ulasan Spider-Man: No Way Home – Akhirnya, Filem Solo Spider-Man Sebenar Yang Semua Nantikan!

Sohor Kini