Apple TV+ hari ini mengumumkan yang mereka bakal hadir dengan siri TV Godzilla dan Titans dalam dunia Legendary Monsterverse yang sama seperti filem-filem Godzilla atau Godzilla vs Kong.
Selepas kejadian di San Francisco, dunia dikejutkan yang raksasa benar-benar wujud dan semua orang perlu menerima inilah realiti kehidupan baru masing-masing.

Siri TV yang masih belum ada judul ini akan menceritakan kisah keluarga yang ada kaitan dengan Monarch, iaitu organisasi yang terbabit dalam hal-hal raksasa di dunia. Siri TV ini akan dihasilkan oleh Legendary Television.
Penerbit eksekutif siri TV ini adalah Chris Black (Star Trek: Enterprise ) dan Matt Fraction (Hawkeye). Sudah semestinya Toho juga akan terlibat, dengan Hiro Matsuoka dan Takemasa Arita meneyrtai sebagai penerbit eksekutif.
Butiran lanjut mengenai siri TV ini masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.