Tidak dinafikan yang Arrowverse adalah siri TV adiwira yang baik pada awalnya. Tetapi semakin lama, penulisan siri-siri TV ini menjadi lemah sehingga jumlah penonton menurun dan Warner Bros. bercadang untuk jual The CW.
Walaupun begitu, ia tidak menghalang mereka terus hadir dengan musim baru, watak baharu, malah juga dengan siri baharu seperti Naomi.
Hari ini adalah hari di mana Batwoman musim ketiga diteruskan, dan jika anda sudah tonton episod lepas Nick Creegan yang memainkan watak Marquis Jet iaitu anak kepada Jada Jet dan abang kepada Ryan Wilder iaitu Batwoman.

Apa yang mengejutkan adalah, penulis Batwoman kali ini mengubah terus konsep DC mengesahkan yang watak Marquis Jet akan menjadi Joker baharu untuk dunia DC Arrowverse. Secara tidak langsung menjadikan beliau Joker pertama berkulit gelap.
Dalam satu temuramah, Nick menyatakan yang inspirasi joker beliau adalah berdasarkan Joker versi Jared Leto dan juga Joker versi Joaquin Phoenix. Adakah ini cara The CW menarik kembali peminat, atau satu langkah buruk yang akan terus buat orang ramai lupakan DC dan Arrowverse?
Apa kata anda?