CW Network adalah syarikat siaran televisyen di bawah Warner Media dan ViacomCBS. The CW juga mencipta nama selepas berjaya dalam menghasilkan pelbagai siri TV DC dalam dunia sama – Arrowverse. CW telah membuktikan kepada semua yang siri TV yang berkait antara satu sama lain seperti filem MCU tidak mustahil.

The CW turut menjadi lebih popular apabila kandungan mereka turut disiarkan dalam Netflix, The Flash, Titans, Supergirl dan banyak lagi.

Terbaru menurut WSJ, Warner Media dan ViacomCBS dilihat ingin menjual CW Network ke syarikat lain. Buat masa ini, mereka masih belum dedahkan lagi sama ada adakah 100% jualan terus atau hanya sebahagian. Sebab jualan juga tidak disahkan selain mendedahkan yang penonton rancangan CW sudah semakin menurun sejak ke belakangan ini.

Selepas CW tamat kontrak dengan Netflix pada 2019, masih ada beberapa kandungan disiarkan lagi dan selepas adanya HBO Max – tiada lagi perjanjian baru kedengaran. Dengan fokus kepada HBO Max, dan mereka juga sudah ada studio tersendiri – The CW ini seakan anak yang sudah besar dan ingin dilepaskan.

Apa kata anda mengenai hal ini? Apakah pula nasib dengan pelbagai siri TV ini yang masih belum tamat? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini