Dengan ancaman dari Shadow Fold, Alina terpaksa menyertai pasukan askar Grisha yang melatih askar dengan kuasa unik ini. Itulah kisah ringkas bagi siri TV Shadow and Bone. Siri ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Leigh Bardugo.

Disebabkan kuasa Alina yang begitu kuat, ada sahaja yang mendengki beliau dan cuba untuk hentikan beliau. Sedangkan Alina hanyalah insan biasa yang tidak tahu apa-apa yang baru sahaja belajar rahsia-rahsia ini.

Netflix kini dilaporkan telah menemui empat pelakon baharu untuk meneruskan musim kedua. Pelakon ini adalah Anna Leong Brophy (Back) yang memainkan watak Tamar Kir-Bataar, Patrick Gibson (The OA) pula sebagai Nikolai Lantsov, Lewis Tan dari Mortal Kombat akan memainkan watak Tolya Yul-Bataar dan akhir sekali Jack Wolfe (The Witcher) adalah Wylan Hendriks.

Musim kedua akan ditulis oleh Daegan Fryklin yang sama menulis musim lepas, dan Eric Heisserer akan kekal mengendalikan siri TV ini.

Musim kedua dijangka akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini