Shadow and Bone adalah siri TV baharu Netflix yang mana mengisahkan individu yang ada kuasa menyelamatkan dunia. Ia adalah berdasarkan dari novel dengan judul yang sama, hasil karya Leigh Bardugo. Berlaku di dunia yang perang tidak berhenti, seorang askar wanita Alina Starkov memperoleh kuasa luar biasa yang mungkin akan merdekakan negara beliau.

Dengan ancaman dari Shadow Fold, Alina terpaksa menyertai pasukan askar Grisha yang melatih askar dengan kuasa unik ini.

Siri TV ini akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 23 April. Video acah memperlihatkan jalan cerita yang sedikit klise, yang mana ada pasukan magis berkuasa terpaksa bergantung kepada individu yang baru mengenali atau menerima kuasa. Terdapat pihak lain yang ingin tumpaskan Alina kerana terlampau berkuasa dan juga beliau adalah sau-satunya individu dengan kuasa “cahaya”.

Keunikan siri TV ini dilihat terdapat raksasa muncul sebagai musuh yang mungkin menghalang dunia menjadi aman.

Berikut adalah senarai pelakon dan watak yang mereka mainkan;

Jessie Mei Li (Alina Starkov), Archie Renaux (Malyen Oretsev), Freddy Carter (Kaz Brekker), Amita Suman (Inej), Kit Young (Jesper Fahey), Ben Barnes (General Kirigan), Sujaya Dasgupta (Zoya Nazyalensky), Danielle Galligan (Nina Zenik), Daisy Head (Genya Safin), Simon Sears (Ivan), Calahan Skogman (Matthias Helvar), Zoë Wanamaker (Baghra), Kevin Eldon (The Apparat), Julian Kostov (Fedyor), Luke Pasqualino (David), Jasmine Blackborow (Marie), Gabrielle Brooks (Nadia).

Sohor Kini