Red Notice adalah antara filem Netflix dengan bajet yang tinggi, bukan sahaja pada produksi tetapi juga pada pemasaran dan promosi. Filem ini menyertakan tiga pelakon A-list iaitu Ryan Reynolds, Gal Gadot dan Dwayne “The Rock” Johnson.

Filem aksi komedi bertemakan rompakan dan harta karun ala Indiana Jones ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang biasa sahaja. Ia menjadi hangat kerana overhype sahaja. Walaupun begitu, Netflix masih berjaya menjadikan filem ini sebagai filem dengan jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah mereka iaitu 364,020,000 jam.

Atas kejayaan ini, Netflix kini dilaporkan sedang merancang untuk membangunkan sekuel kepada Red Notice. Rawson Marshall Thurber akan kekal sebagai penulis dan pengarah dan filem ini juga akan kekal sebagai filem bajet besar dengan anggaran satu filem sekitar $130 juta ke $200 juta. Red Notice 2 dan Red Notice 3 akan turut mengekalkan ketiga-tiga pelakon A-list Ryan, Gal dan Dwayne.

Bukan itu sahaja, Netflix juga ingin merakam kedua-dua filem berturut-turut. Apa pendapat anda mengenai filem overrated ini?

Baca: Ulasan Red Notice – Penuh Dengan Aksi, Komedi Dan Twist Yang Bergaya

Sohor Kini