Filem malapetaka Netflix terbaru yang disiarkan hujung tahun lepas berjaya menarik perhatian orang ramai. Perkara yang serius dikomedikan dalam filem ini, sehinggakan nak ketawa pun rasa bersalah.

Filem ini terlampau berkait dengan dunia nyata lebih-lebih lagi ketika pandemik dan banjir lalu. Ia mempertontonkan bagaimana kerajaan yang gila kuasa, kayangan yang gila status dan orang atasan yang tidak boleh dihentikan pada saat rakyat marhaen perlukan bantuan.

Terkini filem ini telah menjadi filem kedua Netflix dengan jumlah tontonan tertinggi. Don’t Look Up dengan jumlah tontonan 321,520,000 jam kini berada di bawah Red Notice yang masih paling tinggi iaitu 364,020,000 jam. Bird Box dengan 282,020,000 jam terus tewas.

Sudahkah anda menonton filem ini? Apa kata anda? Tidakkah filem ini mirip realiti. Adakah ia filem atau dokumentari?

Baca: Ulasan Don’t Look Up – Komedi Yang Boleh Menyebabkan Depresi

Sohor Kini