Morbius Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 31 Mac Kelak

Dikemaskini 06 Januari 2022: Sony Pictures Malaysia mengesahkan yang Morbius akan ditayangkan awal sehari daripada tarikh global. Daripada 1 April, kini 31 Mac 2022.


Asal: Filem Morbius adalah antara filem yang ramai nantikan. Ini kerana ramai ingin saksikan bagaimana Jared Leto membawa watak anti-hero ini menjadi aksi nyata.

Dr. Morbius yang mempunyai penyakit amat jarang ditemui mencari jalan untuk sembuh. Selepas satu eksperimen, beliau mula berubah menjadi seakan hibrid puntianak (vampire).

Terkini, Sony tunda lagi tarikh tayangan filem ini. Tarikh terkini dikatakan adalah 1 April 2022 daripada sebelum ini 28 Januari. Kali ini mereka tunda kerana ingin Morbius berjaya di pawagam. Kes Omicron sedang mendadak dan mereka tidak ingin jejaskan kutipan.

Daripada 31 Julai 2020 ke 19 Mac 2021, ke 8 Oktober 2021 ke 21 Januari 2022 – kini terus ke April bersama-sama dengan tarikh tayangan filem komedi Easter Sunday lakonan Jimmy O. Yang dan filem aksi The Contractor lakonan Chris Pine.

Dalam video promo filem ini, Jared Leto turut mengesahkan yang filem ini akan berkait dengan No Way Home dan Venom kerana sudah mula bermain dengan Multiverse. Menurut beberapa laporan, filem-filem Sony’s Spider-Man Universe mungkin akan berlaku di pelbagai dunia berbeza Spider-Man.

Setiap penjahat daripada pelbagai dunia ini akan bergabung menjadi Sinister Six baharu menentang Spider-Man dalam filem baharu nanti. Morbius kita lihat ada grafiti Spider-Man versi Tobey, mungkin berlaku dunia sana dan apabila bertemu dengan Vulture Morbius turut masuk Multiverse?

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini