Morbius adalah antara filem Sony’s Spider-Man Universe yang ramai nantikan. Bukan sahaja kerana ia ada konsep Dracula, tetapi turut kerana pelakon utama filem ini adalah Jared Leto.

Daripada video treler, treler acah dan pelbagai promosi – filem ini akan menceritakan kisah asal usul bagaimana seorang doktor boleh berubah menjadi makhluk seakan puntianak ini.

Sony turut kongsi klip beberapa minit daripada filem. Ia adalah transformasi Michael Morbius menjadi makhluk ini.

Video ini jelas melihat akibat ‘negatif’ kerana mencemarkan diri dengan sejenis kelawar di satu lokasi misteri. Perubahan ini pada awalnya menambahkan rasa sakit beliau, hanya secara tiba-tiba “Morbius” lahir dahagakan darah manusia.

Persoalannya, dengan Morbius dilihat bermula dengan seorang yang baik kepada makhluk ganas dan ditegur oleh Adrian – adakah kita akan lihat Vulture dan Morbius bersama dengan Spider-Man? Atau sekali dengan Venom?

Apa-apa pun, apa kata anda dengan klip ini? Ia akan ditayangkan pada hujung Januari tahun 2022. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini