Final Fantasy XVI diperlihatkan oleh Square-Enix sewaktu acara pengenalan konsol Sony PlayStation 5, dan sehingga kini, beberapa butiran tambahan mengenai tajuk JRPG tersebut sepanjang 2021, tetapi sehingga kini, kita masih belum memperlihatkan treler baru, ataupun tarikh pelancaran permainan tersebut.

Penerbit permainan tersebut, Naoki Yoshida mengatakan bahawa mereka hanya akan menunjukkan butiran tambahan mengenai permainan tersebut, khususnya grafik yang dikemaskini, dan aset-aset kandungan baru apabila ia siap sedia ditunjukkan.

Walaupun kandungan penceritaan Final Fantasy XVI dikatakan sudah siap ditulis dan diterapkan kedalam permainan, wabak COVID-19 yang membelenggu dunia selama dua tahun setakat ini telah menyebabkan isu dimana aset-aset grafik dan mekanisma permainan tidak boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan, dan memerlukan masa yang lebih lama untuk direka dan digunakan dalam permainan tersebut, walaupun untuk tujuan visual permainan.

Wabak tersebut juga memaksa sejumlah daripada para pereka Square-Enix bekerja dari rumah untuk menyiapkan kerja-kerja mereka, dan dari sini, komunikasi diantara pihak pengurusan dan pembangun sedikit lebih sukar daripada biasa. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat yang diupah untuk menyiapkan aset grafik juga terpaksa menunda penghantaran aset-aset permainan kepada pihak Square-Enix.

Walaupun begitu, Naoki Yoshida berkata bahawa beliau menjangkakan bahawa pengumuman besar seterusnya mengenai Final Fantasy XVI akan boleh dipertontonkan sekitar pertengahan tahun 2022, mungkin sebelum ataupun sewaktu acara Electronics Entertainment Expo pada tahun hadapan.

Sohor Kini