Daniel Craig akhirnya telah menamatkan kerjaya beliau sebagai seorang perisik British – Ejen 007 atau turut dikenali sebagai James Bond. No Time To Die adalah penutup yang baik untuk watak ini dan memberi banyak ruang untuk francais James Bond terus berkembang di masa hadapan.

Baru-baru ini telah laman web 007 mengumumkan yang mereka telah bekerjasama dengan Apple untuk dokumentari khas James Bond sempena ulang tahun ke-60 francais ini tahun hadapan. Dokumentari ini adalah The Sound Of 007, iaitu mengenai pembangunan runut bunyi filem selema enam dekad.

Apple bersama-sama dengan MGM, Eon Productions dan Ventureland akan menghasilkan dokumentari ini dan dijadualkan untuk disiarkan pada Oktober 2022 akan datang.

Segala muzik daripada zaman Dr. No, lagu tema ikonik dan serta bagaimana Billie Eilish membawa perubahan dalam lagu tema Bond sambil menghormati elemen asal akan diceritakan dalam dokumentari ini.

Baca: Ulasan No Time To Die – Penutup Ejen 007 Versi Daniel Craig Terbaik Yang Penuh Emosi

Sohor Kini