Jika anda peminat permainan platformer yang sukar, anda pasti mengetahui permainan video Cuphead keluaran Studio MDHR yang mula diperkenalkan untuk konsol Xbox dan kemudiannya dilancarkan di PC.
Setelah beberapa tahun dilancarkan, Cuphead akan hadir dengan kandungan tambahan DLC baru yang dinamakan The Delicious Last Course yang bukan sahaja akan memperlihatkan beberapa peta dan bos-bos baru, tetapi juga satu watak baru yang diperkenalkan.
Dalam kandungan The Delicious Last Course ini, Cuphead dan Mugman dilihat tersadai di sebuah pulau baru di kepulauan Inkwell bersama-sama Ms. Chalice.
Bukan itu sahaja, dengan kandungan baru ini, pemain juga akan memperlihatkan senjata-senjata dan kebolehan-kebolehan baru.
Kandungan DLC The Delicious Last Course ini akan hadir untuk semua platform permainan konsol Sony, Microsoft, Nintendo dan PC pada 30 Jun 2022 kelak.