Garena minggu ini telah mengumumkan siri kejohanan baharu untuk permainan battle royale Free Fire, kejohanan Free Fire Challenger Series Malaysia (FFCM) akan memberi laluan bagi mendapat peluang mewakili Malaysia ke kejohanan MCP Majors serta kemudiannya mewakili MCP ke peringkat antarabangsa.

FFCM akan berlangsung sepanjang bulan Disember 2021 sehingga Februari 2022 yang akan memperlihatkan hadiah terkumpul RM125 ribu. Pendaftaran untuknya akan bermula pada 8 Disember sehingga 11 Disember dan hanya terbuka kepada warganegara dan juga menetap di Malaysia.

Pemain juga mesti mempunyai rank sekurang-kurangnya Diamond 1 dengan tahap 20. Pasukan yang layak akan melalui pusingan kelayakan pada 11 Disember untuk mencari 48 pasukan terbaik yang akan layak ke pusingan seterusnya. Pendaftaran boleh dilakukan melalui permainan Free Fire.

48 pasukan tersebut akan bertempur pula pada 20 Disember sehingga 21 Disember untuk mencari 18 pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat Liga. Peringkat Liga dan juga Peringkat Akhir akan berlangsung pada bulan Januari dan Februari tahun depan.

6 pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan mewakili Malaysia untuk pertandingan MCP (Malaysia, Cambodia, Philippines) Major.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini