Berita baik bagi peminat adiwira Daredevil hari ini kerana Kevin Feige mengesahkan Charlie Cox akan kembali sebagai Matt Murdoch sekiranya watak ini dipaparkan dalam Marvel Cinematic Universe. Feige walau bagaimanapun tidak mengatakan sama ada filem Daredevil dalam MCU akan akhirnya menjadi kenyataan.

Charlie Cox memegang watak Daredevil dalam siri Netflix sebanyak tiga musim. Selepas Marvel dan Netflix tidak meneruskan usahasama mereka, siri ini telahpun dibatalkan sehingga menimbulkan kemarahan peminat. Sebelum ini peminat ada menghasilkan petisyen supaya Daredevil ke MCU dengan barisan pelakon asal.
Terdapat ura-ura juga mengatakan Charlie Cox akan kembali sebagai The Man Without Fear dalam filem Spide-Man akan datang. Kesemuanya masih lagi belum disahkan tetapi yang pasti Charlie Cox ialah pelakon yang berjaya menjiwai watak Daredevil dan sekiranya beliau kembali ia pasti menerima sambutan baik peminat.
Sumber Cinema Blend


