Spider-man: No Way Home telah diumumkan sebagai filem trilogi terakhir untuk siri “Home” yang bermula dengan Homecoming, diikuti Far From Home selepasnya. Walaupun ia adalah filem terakhir untuk trilogi ini, penerbit Amy Pascal mengatakan kepada Fandango yang ia bukanlah filem terakhir.

Tambah beliau, ia tidak akan menjadi filem terakhir mereka lakukan bersama dengan Marvel, bukan filem terakhir untuk Spider-man dan mereka juga di dalam perancangan untuk menghasilkan trilogi seterusnya bersama dengan Tom Holland.

Tom Holland sebelum ini mengatakan yang beliau tidak ingin terus menjadi Spider-man setelah mencecah umur 30 tahun, dengan beliau 25 tahun sekarang, beliau mungkin akan terus menjadi Spider-man sehingga umur 31 tahun. Berdasarkan filem-filem sebelum ini, Sony dan Marvel hadir dengan filem Spider-man baharu setiap 2 tahun.

Spider-man: No Way Home akan mula ditayangkan di Malaysia pada 15 Disember ini dan tiket sudah mula dijual dengan sambutan yang sangat baik.

Sohor Kini