Spider-man: No Way Home tidak akan tiba sebelum 15 Disember 2021 di Malaysia, akan tetapi tiket sudah mula dijual bermula hari ini termasuk di pawagam-pawagam tempatan. Seperti dijangkakan ia telah terjual dengan laris, tetapi sekurang-kurangnya Malaysia tidak seteruk berbanding UK dan juga Amerika Syarikat.

Kebanyakan tiket sudah habis terjual, terutama pada hari pertama tayangan, dan ini telah menyebabkan beberapa individu yang berjaya mendapatkan tiket tersebut menyenaraikan tiket mereka di Ebay. Harga yang ditawarkan adalah dari $200 (RM847) sehingga $25 ribu (~RM100 ribu) seperti yang dikongsikan oleh penulis Comicbook.com, Brandon Davis.

Di Malaysia, melalui pemerhatian kami di laman GSC dan TGV, hari pertama tayangan iaitu pada 15 Disember masih lagi boleh didapatkan, akan tetapi untuk masa-masa yang sibuk, hanya kerusi di bahagian depan sahaja.

Sohor Kini