Jika anda seorang peminat permainan muzik Rock Band, ia telah dilaporkan bahawa baru-baru ini, syarikat pembangun disebalik permainan tersebut, Harmonix telah diambil-alih oleh Epic Games.

Harmonix merupakan syarikat terkini yang diambil-alih oleh Epic Games, dimana sebelum ini mereka turut mengambil-alih syarikat-syarikat seperti Mediatonic yang membangunkan Fall Guys dan Psyonix yang membangunkan permainan bola sepak kenderaan Rocket League.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Harmonix turut mengesahkan bahawa bersama-sama dengan Mediatonic, mereka akan membantu membangunkan kandungan baru untuk Fortnite, dimana ia dilihat akan hadir dengan corak permainan berdasarkan muzik, yang merupakan kepakaran mereka.

Dengan pengambil-alihan ini, Harmonix turut mengesahkan bahawa tiada perubahan akan berlaku kepada penawaran mereka sedia ada, seperti Rock Band dan Fuser, dimana kedua-duanya masih akan ditawarkan di pelbagai platform sedia ada.

Sumber: Harmonix

Sohor Kini