Disney masih tidak akan berhenti membangunkan filem aksi nyata yang diolah daripada filem-filem animasi klasik mereka. Filem seperti ini tidak dinafikan membawa penonton imbau kembali kenangan menonton filem animasi klasik yang menarik ini.

Kita sudah disajikan dengan Dumbo, Mulan, Lion King dan banyak lagi – kini giliran animasi Snow White pula akan diolah menjadi filem aksi nyata. Apa yang menariknya, menurut Deadline watak The Evil Queen dalam Snow White ini akan dilakonkan oleh Gal Gadot.

Kita tahu yang watak Snow White akan dilakonkan oleh Rachel Zegler, tetapi dari segi jalan cerita masih belum pasti. Adakah Disney akan mengambil iterasi seakan Maleficent, di mana filem memberi fokus utama kepada watak permaisuri kejam. Atau adakah Disney akan mengambil arah seakan Mulan atau Beauty and the Beast?

Filem ini akan diarahkan oleh Marc Webb dan diterbitkan oleh Marc Platt. Benj Pasek dan Justin Paul yang bertanggungjawab untuk muzik La La LandThe Greatest Showman serta Dear Evan Hansen akan menulis lagu untuk filem Snow White ini.

Sohor Kini