Marc Webb adalah pengarah yang terkenal dengan filem Gifted, kedua-dua filem The Amazing Spider-Man, siri TV Limitless dan banyak lagi. Beliau adalah pengarah yang dipilih untuk mengarahkan filem adaptasi animasi Snow White and The Seven Dwarfs ke filem aksi nyata daripada Disney. Snow White adalah antara filem animasi terkenal Disney yang ditayangkan pada 1938 dan juga antara kejayaan studio gergasi ini.

Terkini, pelakon bagi watak Snow White telah ditemui iaitu Rachel Zegler. Rachel juga adalah pelakon bagi filem sekuel Shazam! dan filem olahan semula West Side Story daripada Steven Spielberg. Menurut Marc Web, Rachel diplih kerana mempunyai suara yang merdu dan bakat lakonan yang menakjubkan. Filem aksi nyata Snow White ini akan memulakan sesi penggambaran pada tahun hadapan.

Marc Platt akan menjadi penerbit dan duo Benj Pasek & Justin Paul yang memenangi anugerah Oscar dan Tonny untuk muzik dalam filem La La LandThe Greatest Showman dan Dear Evan Hansen akan bertanggungjawab untuk filem Snow White ini.

Sohor Kini