Akhirnya Sony bakal menayangkan filem Resident Evil: Welcome To Raccoon City, iaitu filem pertama Resident Evil yang berkait secara terus dengan permainan video. Filem ini juga adalah filem seram seriau dan bukannya seperti filem Resident Evil lalu.

Treler pertama yang dipertontonkan awal Oktober lalu memang menarik dan rasa seriaunya. Kini mereka sudah bersedia mendedahkan treler kedua pula;

Treler ini sekali dengan jelas memperlihatkan sepasukan orang yang ada skil memasuki sebuah bangunan di Racoon City dan mendapati bandar ini ada banyak rahsia. Lebih-lebih lagi melibatkan Umbrella Corporation yang dituduh menjalankan eksperimen yang mengakibatkan pelbagai penyakit.

Kita tahu Umbrella yang bertanggungjawab untuk pelbagai virus dan kejadian zombi. Persoalannya, mampukah pasukan Resident Evil dalam filem ini menewaskan zombi-zombi dan makhluk mutasi yang telah berlaku. Filem ini akan membawa penonton ke mana? Sama-sama kita nantikan Januari tahun hadapan.

Leave a Reply