Filem aksi nyata yang dinanti-nantikan ramai akhirnya tiba dengan treler baharu. Filem ini adalah filem pertama aksi nyata Resident Evil yang berkait dengan permainan video. Filem ini dihasilkan oleh Johannes Roberts menceritakan asal-usul Resident Evil seperti mendedahkan betapa jahat dan kejamnya Umbrella Corporation.

Treler pertama bagi filem ini telah dikongsi oleh Sony Pictures Malaysia.

Berdasarkan treler, ia memperlihatkan rekaan lokasi yang agak menarik berserta konsep zombi, raksasa dan makhluk lain yang cukup menyeramkan. Namun rekaan watak kelihatan seakan cosplay sahaja. Jalan cerita filem ini adalah ringkas sahaja, iaitu sekumpulan manusia yang masih hidup cuba mendedahkan agenda jahat organisasi farmaseutikal. Tapi kita semua tahu kan apa yang berlaku?

Filem ini adalah filem seram dan bukannya seperti francais asal Resident Evil dengan Milla Jovovich yang bertemakan sains futuristik. Treler juga memperlihatkan banyak adegan seram, terkejut, ngeri dan seriau.

Pelakon dan watak filem ini adalah Kaya Scodelario (Maze Runner) adalah Claire Redfield, Ava Jogia pula sebagai Leon S Kennedy, Tom Hopper (Doom Patrol) sebagai Albert Wesker, Chad Rook sebagai Richard Aiken, Hannah John-Kamen (Killjoys) sebagai Jill Valentine dan Robbie Amell (The Flash) sebagai and Chris Redfield.

Sohor Kini